Cari jodoh, the careful way.
KenalDulu ialah aplikasi cari jodoh untuk orang Malaysia yang serius. Kenal dulu, jumpa kemudian.
Kenapa ramai susah nak cari jodoh online
Profil palsu, gambar curi, dan orang yang cepat sangat ajak pindah ke WhatsApp lepas tu minta duit. Nak jodoh yang betul, tapi jumpa scammer. Kami bina KenalDulu untuk selesaikan masalah ini dengan cara paling asas: setiap profil disemak sebelum ia dipaparkan.
Cara KenalDulu berbeza
- Disemak dahulu. Setiap gambar dan selfie dengan aksi rawak disemak sebelum ia dipaparkan.
- Satu nombor, satu akaun. Nombor telefon Malaysia dikunci pada akaun. Tiada akaun berganda.
- Malaysia sahaja. Akses dari luar negara disekat.
- Perlahan-lahan. Akaun baru tak boleh hantar pautan atau nombor telefon dalam 48 jam pertama. Mesej pasal duit ditanda amaran.
- Tanpa MyKad. Kami tak minta kad pengenalan anda.
Untuk siapa
Untuk yang nak cari pasangan hidup, calon suami atau calon isteri, bukan main-main. Umur 18 tahun ke atas, di mana-mana negeri di Malaysia: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan lain-lain.
Soalan lazim
Macam mana nak cari jodoh yang serius di Malaysia?
Pilih platform yang menyemak profil. Di KenalDulu, setiap gambar dan selfie disemak sebelum dipaparkan, jadi anda berbual dengan orang yang betul-betul wujud.
Kenapa gambar perlu diluluskan dahulu?
Sebab itu yang menapis profil palsu. Gambar dan selfie disemak sebelum ia dipaparkan, jadi orang yang anda jumpa di sini memang wujud.
Adakah KenalDulu untuk orang Malaysia sahaja?
Ya. Hanya nombor telefon Malaysia diterima, dan akses dari luar Malaysia disekat. Ini mengurangkan scammer dari luar negara.
Bagaimana KenalDulu elak scammer cinta?
Nombor telefon dikunci pada satu akaun, selfie dengan aksi rawak disemak sebelum profil dipaparkan, akaun baru tidak boleh hantar pautan atau nombor telefon dalam 48 jam pertama, dan mesej berkaitan wang ditanda amaran.
Perlu ada kad pengenalan?
Tidak. Kami tidak meminta MyKad. Umur disahkan melalui tarikh lahir yang dikunci, semakan selfie dan laporan komuniti.
18 tahun ke atas. Malaysia sahaja. Notis Privasi